Thursday, June 11

Cuti Ke?

Bismillah
Jujur saya katakan SAYA MEMANG MALAS NAK UPDATE tapi disebabkan ada orang SIBUK suruh saya update dan sementara saya menanti Hanis online, ambillah nih.

Cuti yang SANGAT boring. Masa serasa begitu singkat sekali. Dalam hati berdoa je cuti jangan habis. Tapi..apakan daya. Hidup perlu diteruskan. Yeah!

Saya baru kembali dari Kuantan. Kuantan di Pahang ye, bukan Kelantan. Betul tak Jat? Pergi sana untuk melawat kekandaku yang tercinta. Dia baru masuk Matrik di tempat jin bertendangGambang. Tidur semalam di Kuantan, kemudian pakai redah je pergi Cherating. Check semua hotel, FULLY BOOKED. Hmm.. Apalah nasib badan. Maka perjalanan diteruskan ke Kemaman. Pergi makan satar dan otak-otak. Barangsiapa yang tidak tahu apa itu otak-otak, anda memang tidak layak digelar orang Malaysia. Pergi satu kedai yang saya pun tak tahu apa namanya, tak sangka boleh ketemu semula dengan kenalan keluarga semasa di London dulu. Kak Lin dengan Abang Azhar. Wah! Mereka sudah nampak sedikit berumur. Hehe. Biasalah.. Dari tidak bertudung kepada bertudung. Dari tidak beruban kepada beruban. Dari tiada anak sampai 5 anak mereka sekarang. Jadi, parents saya pun sibuk berbual dengan mereka. Sampai makanan sudah hampir habis pun mereka tak sedar.

Sebelum balik, sempat bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan (dengan Kak Lin sajalah). Bak kata Kak Lin, macam rancangan Jejak Kasih. Hehe. Betul juga..

Okay, hari ini.
Hari ini saya ke Jusco Seremban 2. Pergi outing dengan geng-geng lama. Nostalgia sungguh. Tengok wayang. Night At The Museum 2. BEST SANGAT! Memang highly recommended lah. Semasa nak masuk panggung, nampak Izzudin (tak tau die perasan tak). Hi Izzudin!! Nampak juga Akmal (yang ni dah tentu perasan). Hi Akmal!! Siapa yang nampak aku tadi angkat tangan!

Okay, back to Night At The Museum 2. Cerita yang sangat lawak. Letih gelak. Exercise mulut yang terlampau extreme. Sampai senak perut. Cupids (The Jonas Brothers) pon saaannnggggaaattt comel! Kalau belum tengok lagi..
PERGI TENGOK SEKARANG!

No comments: