Selepas 7 lautan saya berenang
Saya nak ceritakan mengenai peperiksaan pertengahan tahun. Saya nasihatkan anda berhenti membaca setakat ini sahaja kerana selepas ini tulisan saya ini akan membuatkan anda jadi..
Baiklah. Bersedialah untuk menanggung risiko apabila melanjutkan pembacaaan anda. Biar saya mulakan cerita saya.
Hikayat Pemerintah Kuku Besi
Pada zaman dahulu (2 minggu lepas), di sebuah kerajaan agung (kerajaan Raja Jorji ke-5), sebuah ujian telah diadakan untuk semua rakyatnya. Disebabkan pemerintah mereka yang berkuku besi, maka keselruhan rakyatnya diwajibkan menyahut cabaran itu jika mahu ibubapa mereka selamat dari serangan sakit jantung.
Selama 2 minggu rakyat jelatanya memerah otak dan keringat (letrik putus) ketika menjawab ujian tersebut. Pedagang-pedagang dari Gujerat tersenyum lebar kerana stok kitab-kitab mereka laris dijual.Tiba hari yang ditakuti lagi digeruni.
SAAT SATU NEGARA BAKAL MENGALAMI INSOMNIA DAN HISTERIA.Ketika menjawab helaian Lingua Franca kurun ke15, satu demi satu jari-jemari rakyatnya gugur kerana menulis sehingga satu ela hikayat diraja.
Bahasa orang putih pula bagai tidak pernah dipelajari sebelum ini. Semua tercengang dan terkebil-kebil sehingga otot kelopak mata mereka tidak dapat dibuka selama satu hari.
Cerita dongeng zaman prasejarah merupakan pengakhiran penderitaan rakyat jelata yang sudah berbulan-bulan melekatkan kitab tersebut di hujung batang hidung mereka.
Ilmu anatomi menjadikan tabib-tabib diraja menjadi pesakit sesama sendiri.
Ilmu hisab seakan-akan mengajak rakyat sekalian untuk mengoyakkan helaian soalan dan pulang ke rumah.
Ilmu ukhrawi telah menjadi penyelamat para alim ulama yang berusaha dengan gigih menghafaz kitab Al-Muattok.
Hisab tambahan seperti biasa mengundang persoalan "Kenapa harus aku belajar ilmu ini?"
Al-Kimiya telah berjaya membuatkan cendekiawan terulung negara menggaru kepala dan menggigit kuku ketika menjawabnya.
Ilmu Fizikal telah mendidik para kipas-susah-mati agar tidak menonton perlawanan tendang benda-bulat sebelum malam peperiksaan walaupun antara Barci dan Manu.
Bahasa warisan Napoleon Bonaparte telah mengajar hamba membaca arahan dengan sebaiknya agar tidak kehilangan sepuluh mata.
Ilmu jasmani dan ketamadunan, seperti selalu merupakan helaian kesukaan semua rakyat jelata terutamanya keluarga Ashburns.
Secara keseluruhannya, sejarah silam kerajaan China harus dihapuskan agar tiada lagi homo sapien di dunia ini akan menderita akibat penularan wabak ini.
No comments:
Post a Comment