Monday, February 6

Bismillah. 


"The longest journey is strolling down the memory lane..."

(credits : eva mei & me)

Saya sering berjalan menyusuri denai-denai memori (Read : down the memory lane). Dan seringkali saya akan terkejut beruk (Read : flabbergasted) akan betapa banyaknya perubahan yang telah saya alami. Dari dahulunya menjadi Syafiqah (sesuatu yang mungkin hanya saya akan ingat dan faham :)) kini Nur Afiqah. Dahulunya berkita-awak, kini aku-kau, saya-kamu, I-you. Dahulu merasakan bermain di lopak air itu suatu yang menyeronokkan (ya saya memang  seperti kanak-kanak dalam kebanyakan iklan susu) hingga kini dapat membezakan sesuatu yang suci dari yang najis dan kotoran. Dari bermain kereta khayalan dan telefon yang dibuat dari bekas sewing kit yang ayah peroleh dari Marriot ke memandu kereta sebenar dan menggunakan telefon bimbit sebenar. Dari kecil hingga ke zaman pramatang hingga kini separa matang (kenapa saya menggunakan istilah separa, kerja rumah untuk anda)

Perubahan demi perubahan, perkembangan demi perkembangan (literally) dan segala macam per- yang boleh anda fikirkan telah berlaku dan menjadikan saya lebih dewasa (oh tidak!) dan matang. Kini di semester kedua terperangkap dalam kesuburan kelapa sawit, saya berazam untuk menjadi lebih afiqah yang lebih islam (kenapa saya menggunakan huruf kecil, kerja rumah kedua untuk anda)

Mengetahui tujuan saya diwujudkan di dunia ini sekali lagi menjadikan saya flabbergasted (sudah malas menggunakan kaedah read :)). Dimulakan dengan pengenalan hadis pertama mengenai niat (pada minggu pertama), saya sudah rasa tersentap. Seolah-olah kehidupan saya selama ini tiada makna. Kejayaan yang saya damba dan kejar bagai orang gila saya rasakan seperti tiada nilai pada mata Yang Maha Esa. Untuk apa semua itu? Memetik kata-kata seorang senior 

"Awak kejar ilmu untuk dapat straight A+'s, itu je yang awak dapat. Tapi kalau awak kejar ilmu demi keredhaan Allah, insyaAllah kejayaan siap dengan pahala sekali awak dapat. Pakej. So, mana satu awak nak?"
Oh, snap! Itulah perasaan saya ketika itu. Betapalah saya merasakan bahawa saya ni sungguh keduniaan, tiada beza dengan umat manusia di zaman Jahiliyyah dahulu yang membuatkan Kekasih Allah bersedih lalu berkhuluwah di Gua Hira'. Walaupun saya tak bangga dengan segala kejahilan saya dahulu, saya tidak mahu mengesalinya. Saya yakin ada hikmahnya saya ditempatkan di tempat demikian pada waktu demikian. InsyaAllah akan saya ambil ibrah (Read : pengajaran) dari setiap peristiwa yang berlaku dan gunakannya sebaik-baiknya. Sekarang pula zaman untuk saya lakukan perubahan! 


Sungguh saya tak faham apa tujuan saya menulis post ini. Mungkin sekadar untuk menyatakan kepada dunia bahawa blog ini insyaAllah akan kembali aktif (apabila masa mengizinkan) dan untuk menerangkan saya kembali apa tujuan saya menulis. Kalau anda dapat mengambil ibrah dari apa yang ditulis diatas, silakan, kalau tak, tak mengapa kerana saya sedar yang diatas itu hanyalah pointless ramblings. I'm back, people! :D

Tuesday, April 26

Penceroboh?

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..."

Bismillah.

PUAS HATIKU! Akhirnya dapat tahu gak apa nama lagu tu. Puasku selongkar selakselak coding blog dia. (cakapla aku ni trespasser ke ape ke, siapa suruh tak bagitahu aku tajuk lagu itu) WAHAHAHA! Inilah lagu yang menghantui aku sejak beberapa hari ni. Enjoy! :)



Saturday, April 23

L.O.V.E

"Lovers are intoxicated with their love, admiration, and appreciation of the beloved. Only the trumpet announcing the Day of Judgment will bring lovers to their senses..."

Bismillah

Never have I thought about this issue to come upon me. LOVE. How love (in couples case, not in marriage nor family nor religion) can make human CRAZY and IRRATIONAL. I've been pondering about this "problem" long enough to make me stop believing in it. Heehhh.. Maybe that is the reason Paan called me gay. LOL. Why oh why did this matter suddenly came up? Because I heard that somebody I know will be getting married this 30th April. She is just 17 and instead of making preparations for her wedding, she should be preparing for her friggin SPM! FGS couldn't she just be patient a tiny bit? Bad enough that her family is having a hard time sending her to school, her husband-to-be is just 21 years old! What on earth can he do to feed her?! The worst part is that I cried for her STUPIDSTUPIDSTUPID mistake, while she might not even care about it. BABO. Such a fool made out of love.


Lets just leave it there.

Thursday, April 21

New Moon


"The worst moment for the atheist is when he is really thankful and has nobody to thank.."

Bismillah

Finally selesai restore balik all some of my older posts in the previous blog. Hee~. Pretty elated now. Masa menjalankan misi tadi, terbaca pulak posts lama tuu. Makes me surprised on how much I've changed. Dulu poyo je pakai bahasa baku. Then na
k post dalam English je bajet nak practice writing skills. Sekarang hentam je bahasa pasar ;)

*jump*

Pagi tadi ke library dengan Aisya Darin Afza ( I miss Arina!) untuk kononnya bincang pasal interview MARA. Tak sampai setengah jam kat library, dah pindah ke McDonalds untuk sambung gossip bincang. Yes. Ada orang telah dihalau maka kami pun bermuafakat untuk pindah. Sumpah pakcik guard tu garang. Tapi aku cool je. Kegarangan dia tak boleh lawan Inche' Faci yang tendang projek kami di Educamp YTM/YTN haritu. :D
Dengan bangganya aku boleh kata TIADA SESIAPA YANG BOLEH BUAT AKU TERSENTAP LAGI buat masa sekarang lahh..


*jump*

I.AM.NOT.NORMAL. Sekarang aku tiba-tiba rasa NAKSANGATSANGAT and tak sabar-sabar nak sambung belajar. Maybe sebab dah lama sangat duduk
rumah menyebabkan aku mati kutu (hanya simpulan bahasa, aku tak ada kutu yaa). Baru kutahu lama sangat duduk rumah boleh membawa kepada masalah psikologi. STRESS macam kucing kat bawah ni. Kekekeke


nota kaki ayam: sekarang post format baru ye kawankawann..