Monday, February 6

Bismillah. 


"The longest journey is strolling down the memory lane..."

(credits : eva mei & me)

Saya sering berjalan menyusuri denai-denai memori (Read : down the memory lane). Dan seringkali saya akan terkejut beruk (Read : flabbergasted) akan betapa banyaknya perubahan yang telah saya alami. Dari dahulunya menjadi Syafiqah (sesuatu yang mungkin hanya saya akan ingat dan faham :)) kini Nur Afiqah. Dahulunya berkita-awak, kini aku-kau, saya-kamu, I-you. Dahulu merasakan bermain di lopak air itu suatu yang menyeronokkan (ya saya memang  seperti kanak-kanak dalam kebanyakan iklan susu) hingga kini dapat membezakan sesuatu yang suci dari yang najis dan kotoran. Dari bermain kereta khayalan dan telefon yang dibuat dari bekas sewing kit yang ayah peroleh dari Marriot ke memandu kereta sebenar dan menggunakan telefon bimbit sebenar. Dari kecil hingga ke zaman pramatang hingga kini separa matang (kenapa saya menggunakan istilah separa, kerja rumah untuk anda)

Perubahan demi perubahan, perkembangan demi perkembangan (literally) dan segala macam per- yang boleh anda fikirkan telah berlaku dan menjadikan saya lebih dewasa (oh tidak!) dan matang. Kini di semester kedua terperangkap dalam kesuburan kelapa sawit, saya berazam untuk menjadi lebih afiqah yang lebih islam (kenapa saya menggunakan huruf kecil, kerja rumah kedua untuk anda)

Mengetahui tujuan saya diwujudkan di dunia ini sekali lagi menjadikan saya flabbergasted (sudah malas menggunakan kaedah read :)). Dimulakan dengan pengenalan hadis pertama mengenai niat (pada minggu pertama), saya sudah rasa tersentap. Seolah-olah kehidupan saya selama ini tiada makna. Kejayaan yang saya damba dan kejar bagai orang gila saya rasakan seperti tiada nilai pada mata Yang Maha Esa. Untuk apa semua itu? Memetik kata-kata seorang senior 

"Awak kejar ilmu untuk dapat straight A+'s, itu je yang awak dapat. Tapi kalau awak kejar ilmu demi keredhaan Allah, insyaAllah kejayaan siap dengan pahala sekali awak dapat. Pakej. So, mana satu awak nak?"
Oh, snap! Itulah perasaan saya ketika itu. Betapalah saya merasakan bahawa saya ni sungguh keduniaan, tiada beza dengan umat manusia di zaman Jahiliyyah dahulu yang membuatkan Kekasih Allah bersedih lalu berkhuluwah di Gua Hira'. Walaupun saya tak bangga dengan segala kejahilan saya dahulu, saya tidak mahu mengesalinya. Saya yakin ada hikmahnya saya ditempatkan di tempat demikian pada waktu demikian. InsyaAllah akan saya ambil ibrah (Read : pengajaran) dari setiap peristiwa yang berlaku dan gunakannya sebaik-baiknya. Sekarang pula zaman untuk saya lakukan perubahan! 


Sungguh saya tak faham apa tujuan saya menulis post ini. Mungkin sekadar untuk menyatakan kepada dunia bahawa blog ini insyaAllah akan kembali aktif (apabila masa mengizinkan) dan untuk menerangkan saya kembali apa tujuan saya menulis. Kalau anda dapat mengambil ibrah dari apa yang ditulis diatas, silakan, kalau tak, tak mengapa kerana saya sedar yang diatas itu hanyalah pointless ramblings. I'm back, people! :D

No comments: