Bismillah
"Menyesal tidak berbicara adalah lebih baik daripada menyesal berbicara "
Nasihat dia atas tu aku tujukan kepada semua orang. Percayalah dengan apa yang aku tulis tu. Ok, hari ni aku mengalami sindrom tak dapat menyusun fikiran mengikut keutamaan. Jadi terimalah seadanya apa yang akan aku tulis ni.
Hari Jumaat berjaga sampai pukul 11.30 (lebih kurang laa..). Sebab apa? Chatting punya pasal. Wahai kawan-kawanku marilah kita memperkasa arena chatting (eh? tetiba je). Ok. Borak dengan beberapa manusia nocturnal. Ada yang tolong semak permohonanku ke MRSM dan SBP untuk second intake sebab talian di rumah SLOW! Terima kasih dan tahniah (dia dapat masuk!). Tapi, seperti biasa dan yang telah dijangka, aku tak dapat. Hehe. Ironi sungguh, aku tak rasa apa-apa. Walaupun kawanku yang seorang tu cuba buat aku rasa sedih. Sorry, kamu tak berjaya okey. Borak juga dengan seorang lagi. Kami 'klaka sarawak' sama-sama. Walaupun dia seorang yang baru sahaja belajar dan aku seorang novice (hehe). Tapi perbualan dengannya sangat menarik dan lawak. Dia bermati-matian mengatakan OAG (Orang Asli Gunung? oh apekah?) sangat best. Aku no comment.
Semalam ibu bapaku ke KL membawa saudara-maraku yang datang dari Sarawak. Saja ronda-ronda.. Maka dengan itu, aku pun tinggal la dengan Syiqin kat rumah ni. Dari petang sampai malam (eh..tengah malam kot?). Oleh kerana banyak sangat kejutan-kejutan yang telah kuterima, aku pon buat misi habiskan kredit SMS dengan Hanis. Nak luahkan apa yang terpendam. Hanis kan voice recorder aku, dengar je apa yang aku bebel, whether suka atau tak. Malam tu, aku berjaga sampai 12.30 semata-mata nak tengok Ice Age kat TV3 (kenapa suka tayang cerita kartun tengah malam? Tak faham betul la). Akhirnya bukan aku yang tengok tv, tp tv yang tengok aku. Biasalah, nama pun tengok tv sorang-sorang. Nak harapkan adik-adik, bukannya nak temankan aku tengok. Syiqin yang mulanya beria-ia nak tunggu sama, akhirnya surrender dengan mata dia.
Oleh kerana aku tidur lewat malam tadi (kira lewat la tu..masuk bilik pukul 3 ok!) aku terlewat bangun (sikit je). Ayah yang kejutkan. Bila bangun, tengok Syiqin masih lagi dalam selimut dia. Keluar bilik (baru cat warna hijau!cantikk..) nampak semua orang dah siap dengan baju kurung dan baju batik masing-masing. Haihh.. Memang lambat la tu. Pergi dapur, Wa, Anjang, Kak Nisa tengah sarapan. Roti canai, nasi lemak. Standard la tu.. Aku terus pergi bilik air dan buat apa yang patut (rasanya tak perlu sebut kan?) dan baca surat khabar yang ku curi dari tangan ayah (dia baca bahagian lain la).
Mereka bertolak saja dari rumah untuk ke majlis kahwin bapa saudaraku, Pak Chut, aku terus online! Yeay! Kenapa aku tak pergi? Sebabnya sangat mudah. Malas nak bawa dulang hantaran. Sorry, Pak Chut.. Nanti kenduri belah kita, kak lang buat kerja betul-betul eh?
Aku pasang Imeem sebab nak dengar lagu. Tapi oleh kerana ceteknya ilmu tentang Imeem, aku tak tahu macam mana nak pakai. Jadi aku pasang satu lagu sahaja dan biarkannya terpasang sambil aku buat kerja-kerja bersihkan rumah. Oleh kerana aku tinggal dengan Syiqin (lagi), aku terpaksa buat kerja seorang diri. Haihh.. Adik yang tidak membawa faedah langsung.
Adik aku bangun pagi (ke tengah hari tu?) dan ganggu aku online. Jadi, dengan berlagak sebagai seorang diktator kakak, aku menyuruhnya pergi mandi dan makan. Selesai, dia menyondolku dari tempatku dan ambil alih tampuk pemerintahanku (dinasti Fiqa digulingkan). Aku pun sambung balik buat kerja rumah. Tira (seorang) balik dari kenduri dan yang lain teruskan perjalanan ke Kluang sebab nak jumpa saudaraku.
Aku rasa lapar dan panaskan sup yang Mak dah sediakan sebelum pergi. Sebab keasyikan aku mengganggu adikku online, aku terlupa tentang sup di dapur. Teka apa yang jadi? Sup tu kering! Nasib baik ilmu yang diturunkan oleh Mahaguru Mak dapat digunapakai. Aku pun repair masakan tu. Hasilnya, lebih sedap dari yang sebelumnya (bangga).
Plan aisya darinna afza nak ke Jusco selasa ni pun terbengkalai. Sebab terlalu banyak masalah. Hisy..Pening betul.. Jadi, kalau korang dah ada keputusan nanti, jangan lupa bagitau aku yee..
Dah ketandusan idea dan letih nak menaip. Jadi sampai sini saja la..
No comments:
Post a Comment