Thursday, December 18

Everybody Change..

Bismillah..



Semalam aku pergi ke reunion. 'Saja-saja nak buat gathering balik, lepas 3 tahun tak jumpa'. Itu alasan ‘penganjur’nya. Beberapa malam aku tak dapat tidur sebab mengigau pasal reunion tu. Ambil masa yang agak lama untuk aku berfikir dan buat keputusan sama ada nak pergi ke tak. Memandangkan Arina tak dapat datang, jadi aku fikir, kalau Wani pergi aku pergi. Jadi, tepat 2.30 petang, aku dah terpacak di McD. Ada juga beberapa orang rakan yang hadir. Wani yang asalnya kata akan datang langsung tak menunjukkan batang hidungnya. Haih.. Wani! Mula-mula rasa tak confident langsung yang kitorang akan dapat mesra macam dulu lagi. Tapi, ternyata memang salah. Aku memang selalu salah. Rupanya Najlaa dan Atiqa masih lagi bising macam dulu. Kecoh meja kitorang dibuatnya. Makan-makan, sembang-sembang, ambil gambar. Hmm, apa lagi ya? Tu je la kot..



Perubahan


Memang ketara sangat (untuk lelaki, perempuan tak berapa banyak beza sangat). Akmal Hafiz dah tak chubby macam dulu lagi, Shahrizan dah dipanggil Shah, bukan Chissan macam dulu-dulu, Azrul dah tinggi! Lepas makan-makan di McDonalds, separuh daripada kami pergi ke rumah Fatimah dengan kereta yang dipandu Shahrizan. Oh, tidak mungkin aku nak naik kereta yang dipandu oleh remaja yang baru berusia 15 tahun!(walaupun dia kata dah memandu selama 2 tahun) Aku masih mahu hidup lama, result PMR pun belum ambil lagi. Jadi aku ambil keputusan untuk pulang saja. Tak ada apa lagi yang boleh aku buat di situ.

*signed off at 1836*
Fiqa

No comments: